Friday 13 March 2015

MISI PENCARIAN AHLI SHAKLEE 2015

    Anda dialu-alukan dengan tangan terbuka untuk menyertai kami dalam keluarga MOMMIES JUTAWAN GROUP / POLLUXIAN GROUP yang terbesar di Sabah.
    MLM kami bukan seperti MLM yang lain, harus menetapkan target capaian anda,mengejar dan mencari downline.  TIDAK!! Anda bebas memilih sama ada ingin berniaga untuk menambah pendapatan sampingan atau cuma untuk makan sendiri.
    Salah satu impak besar akan melanda kita adalah GST . Bukan semua ya, harga barangan akan diturunkan. Jadi,tunggu apa lagi? Jom sertai saya mempersiapkan diri menghadapi GST . Jana pendapatan anda dengan mencari pendapatan lain selain daripada pendapatan tetap anda. Ibu-ibu yang gojes mojes sambil kita menjaga kesihatan tubuh apa kata kita seikhlas hati membantu meringankan beban suami dan menjadi seorang wanita yang berkerjaya dan berjaya walau hanya dari rumah sahaja. Anda pasti boleh jikalau saya boleh melakukannya.

DAFTAR KEAHLIAN SHAKLEE ANDA DENGAN SAYA SEKARANG JUGA..

Kenapa harus pilih keahlian Shaklee dan bukan hanya sebagai pelanggan tetap / pembeli???

✔ Anda akan menikmati hasil bonus hasil dari belian pada setiap pertengahan bulan.

✔ Anda akan menikmati harga diskaun dari 15% - 25% bagi semua produk Shaklee.

✔ Anda akan mendapat promosi bulanan Shaklee.

✔ Anda akan dapat akses ahli untuk masuk ke laman web Shaklee.

✔ Tukarkan mata ganjaran pembelian anda kepada wang tunai.

✔ Anda akan dapat berinteraksi dengan mentor yang sudah berjaya menjana pendapatan dengan Shaklee dan mencapai ke tahap MASTER.

✔ Kami punya sediaan closed group di facebook bagi ahli yang berdaftar dengan saya sahaja. Dapat berkongsi tips kejayaan/sharing marketing, berkongsi pengetahuan tentang produk Shaklee,kelas bimbingan secara online atau offline percuma untuk ahli sahaja,consultation percuma.

✔ Anda juga berpeluang menjana pendapatan dari 3 - 5 angka, berpeluang mendapat insentif pelancongan, berpeluang mendapat subsidi kereta,berpeluang besar menunaikan umrah dan banyak lagi.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

🌿Sentiasa Selamat🌿

🍀Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar.

🍀Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.

🌿Sentiasa Berkesan🌿

🍀Lebih $300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.

🍀Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.

🍀Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan.

🌿Sentiasa Mesra Alam🌿

🍀Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda,keluarga anda, rumah juga bumi anda.

🍀Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam.


Saturday 15 November 2014

Masalah Haid Tidak Teratur - Kongsi pengalaman takut nak menopous dan penyelesaiannya sungguh mudah


  Salam ... 

       Entry kali ini, saya cer' tentang haid tak teratur. Sebab saya pun pernah mengalaminya bukan lagi 'PERNAH' tetapi 'MEMANG' mengalaminya. Dalam hati saya mengatakan "tak kan lah umur baru mencecah dalam 30an dah nak menopous kot??"..Oo,tidak!! Tak sanggup dan saya tak rela. Dalam beberapa tahun saya bergelumang dengan masalah haid yang tidak teratur. Dalam setahun ada 3,4 atau 5 kali saja saya didatangi oleh si bendera merah.. hihi... Nak kata saya mengandung tak juga,siap beli pregnancy test lagi sebab excited kot,kot termengandung...Tup..Tup.. Keputusan pregancy test negatif 1 garis saja. Kecewa teramat bagi kaum wanita seperti saya yang teringin sangat nak menimang cahaya mata lagi. Tapi sekarang masalah haid tidak teratur saya selesai sejak mengambil suplemen kesihatan SHAKLEE.  
    
      Antaranya: 

https://www.facebook.com/allyanamichael
ESP Soy Protein Isolate Powder



https://www.facebook.com/startlivingwithhealtylife
Vita-Lea Iron Formula



https://www.facebook.com/startlivingwithhealtylife
GLA Complex

    
         Kenapa saya ambil ketiga-tiga makanan tambahan ini dan bukan GLA Complex sahaja? Ada sebabnya.. 

ESP Soy Protein Isolate Powder adalah sumber protein dan sumber kesuburan bagi wanita. Hormon wanita yang terhasil adalah dari sumber tumbuhan yang dipanggil phytoestrogen dan dikelaskan pada isoflavones. Dan isoflavones ini ada pada ESP. Isoflavone mempunyai beberapa kesan jenis yang berbeza-beza. Jika dibandingkan kesan phytoestrogen dengan kesan hormon estrogen yang sebenar. Kadangkala, ia juga mampu memberikan kesan antiestrogen yang dapat membantu gejala menapous dan menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser. Nampak tak?? hihi.. Soya sangat baik untuk kesuburan wanita. sebab itu saya masukkan Esp dalam set untuk haid tidak teratur saya.

          VITA-LEA iron formula adalah pelengkap nutrisi yang dapat memenuhi 
        keperluan 28 vitamin dan sumber mineral penting yang diperlukan dalam 
        tubuh kita. Saya jenis yang kadang-kadang tidak mengambil 
        makanan yang seimbang.Dalam diet pemakanan saya, sayur-sayuran 
        pun malas nak masak..hihi.Sebab ada masanya bila dah hari-hari masak 
        sayur rasa macam dah naik boring pula..

        
        GLA COMPLEX diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali 
        ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti 
        dan kali lebih berkesan dari EPO. Setiap kapsul GLA COMPLEX 
        mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik 
        Omega-6. di gabungkan dengan minyak bunga matahari dan 
        vitamin E bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kestabilannya.
        Secara ringkasnya,GLA membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
        dan juga melambatkan proses menapous.
        Ramai yang cadangkan saya pi farmasi beli EPO saja, dan saya pun selalu juga 
        keluar masuk farmasi dengan niat nak beli EPO tapi selalu saja terbantut.
        Botol siap angkat dan pegang dah nak bawa ke kaunter tapi bila fikir-fikir 
        niat nak beli tu tak jadi. Terpaksalah sang botol EPO balik ke 
        tempat asalnya di rak.hihi..Serius,saya tak pernah beli EPO lain yang 
        di luar sana,walau pun kiri kanan kata belilah.Yang saya tak faham 
        macamana saya boleh tersangkut pada GLA COMPLEX Shaklee ni. 
        Mungkin ada aura yang disebalik botol comel GLA ni kot atau 
        dah jodoh saya dengan GLA COMPLEX. Sekarang ni dah masuk botol kedua 
        di ambil.



Kemungkinan masalah haid yang tidak teratur dihadapi:
a) Berat badan berlebihan atau kegemukkan(obesiti) akan menyebabkan 
    ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Wanita
    yang mengalami PCOS biasanya mempunyai berat badan yang berlebihan.
b) Berat badan kurang atau terlalu kurus, kekurangan lemak di dalam badan 
    akan menganggu kitaran haid.
c) Hormon Prolaktin yang berlebihan akan menghalang pengeluaran telur
    dan menyebabkan haid lewat berbulan-bulan lamanya.
d) Stres dan tekanan pada keadaan sekeliling dalam kehidupan harian akan 
    mempengaruhi hormon dan seterusnya mengganggu kitaran haid.
e) Pengambilan ubat-ubatan akan menyebabkan gangguan kitaran haid.
f) Menapous ia dialami oleh wanita yang berusia lewat 40an. Selalunya ia akan
    bermula haid akan turun semakin sedikit dan kadangkala jarang berlaku.
g) Ibu yang menyusukan bayi secara ekslusif.
h) Tersilap pengiraan kitaran haid. Kitaran yang normal adalah dari
    28 hari hingga 35 hari.
i) Sekiranya anda disahkan positif hamil,haid anda tidak akan turun.
   TAHNIAH..!!  Anda telah mengandung.. (^_^) 



        Syukur alhamdullilah, sekarang haid dah cukup teratur walaupun kitaran haid saya selama 33 hari (kitaran haid dikira normal dari 28 hari hingga 35 hari). Kadang ada juga keterlewatan selama 2 atau 3 hari, paling lama pun seminggu saja lewat. Itu pun mungkin gangguan hormon sebab stress dengan keadaan sekeliling. Sekarang saya dalam perancangan nak ada baby lagi. Insha Allah mudah-mudahan di permudahkan-NYA dan dikurniakan zuriat penyambung generasi . Rezeki semua datang dari Allah. Kita berusaha dan perbanyakkan berdoa meminta pada NYA. Pada yang belum ada baby tu usaha ya jangan give-up jangan lupa sertakan doa.
        
Comelnyaaa... (^_^)
        







Berminat untuk mengetahui tentang Shaklee
lebih lanjut, hubungi saya;

                                Ally
                         SID; 1137149
                   HP; +6011-16742756
                   SMS/CALL/WHATSAP

                               ATAU 

                  Kunjungi laman FB saya di
     https://www.facebook.com/allyanamichael

                                ATAU

                   Kunjungi PAGE FB saya di
https://www.facebook.com/startlivingwithhealtylife





           

Monday 3 November 2014

SET IQ / MINDA ( Perkembangan Minda Buat Si manja Anda )

                             
                      

        Bila cakap tentang perkembangan minda pasti ramai ibu bapa yang nak anaknya membesar seiring dengan perkembangan minda yang sihat. Ibu mana yang tak nak anak-anaknya sihat. Saya pun nak juga anak-anak membesar sihat,perkembangan minda pun sihat tidak terbantut. Lebih lagi zaman sekarang teknologi semakin maju tidak kira masa si anak bila nampak ibu bapa nya bermain gadget mereka pun nak juga merasa macamana seronoknya bermain gadget. Apabila anak-anak sudah merasa sekali keseronokkan permainan di gadget ni, automatik pelajaran akan mereka lupakan. Menurut dari pengalaman saya sendiri, anak-anak saya terbiasa bermain gadget, serius mereka lebih asyik dengan game dalam tab daripada semasa waktu mengulangkaji pelajaran atau buat kerja sekolah. Kalau bermain tab, waktu makan,waktu tidur dan waktu belajar mereka lupa. Sungguh asyiknya bermain, bila tiba waktu belajar macam-macam lah sudah mommie nya terima alasan, nak tidur awallah,nak itulah, nak inilah. Kadang-kadang, saya skodeng perbuatan mereka semasa belajar bukannya pegang pensel atau buka buku tapi mengelamun atau tidur. Sentap hati ni tengok anak-anak yang tidak ada konsentrasi semasa belajar. Lebih teruk lagi apabila saya check buku kerja sekolah anak-anak.. mak aiiii.. kebanyakkannya kerja rumah tak siap dan besarlah tertulis tanda ??? di buku mereka. Sebut pasal makanan pula mereka tergolong dalam jenis yang pemilih makanan " picky eater " Sayur dengan ikan yang terhidang atas meja, maunya anak-anak lari dari meja makan. hahaha..
        
        Okey, berbalik pada set perkembangan minda, kenapa ya saya bercerita tentang perkembangan anak-anak saya. Apa kaitannya set perkembangan minda dengan cerita pengalaman saya menghadapi anak-anak yang lebih fokus kepada gadget/tab/ipad daripada pelajaran dan juga tentang makanan mereka. Saya pasti ada ramai ibu bapa di luar sana punya pengalaman seperti saya. Betul tak?? hihi.. 
        
       Bila anak-anak sudah jadi macam ni, saya nak mereka seimbangkan masa antara masa bermain gadget dengan pelajaran. Kalau boleh saya nak mereka leih tertumpu pada pelajaran. Makanya saya mengambil keputusan try set iQ untuk makanan tambahan kesihatan mereka iaitu Mealshakes dan Omega Guard. Sabar melihat perkembangan itu yang paling penting ya. Reaksi pertama yang saya lihat dari anak-anak saya selepas mereka ambil set ni. Selera makan bertambah dan perkara paling best nampak anak lelaki saya sudah tahu makan sayur walau hanya sedikit. ( dulu anak saya langsung tak reti makan sayur,apa lagi ikan. Masuk saja secubit ikan dalam mulutnya confirm nak termuntah. Saya lah pula yang naik angin tengok sikapnya begitu, yang girl pula selera makannya kurang sangat-sangat,tapi kalau saya sorong junk food depannya dialah orang pertama yang makan banyak..hahaha ) 
        
      Syukur alhamdullilah, ada perubahan besar yang saya nampak pada diri mereka. Si abang lupakan makanan ringan,boleh makan sayur dan ikan walau sedikit ( ikan sangat penting untuk anak-anak juga ya sebab ada DHA ). Malah selalu nak tambah nasi lagi sebab kata mereka lapar.. Wahhh.. Penangan mealshakes lah ni. Walau mereka tak banyak makan sayur dan ikan, sudah memadai sebab badan mereka menerima nutrisi dari mealshakes. Masuk waktu belajar pula saya perhatikan mereka dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran, kerja sekolah siap, siap baca dengan lantang lagi, si adik rajin bertanya dengan abangnya apa-apa soalan yang dia tak tahu dan si abang selalu tunjukkan pada saya kerja sekolahnya kalau dah siap.. Syukur.. anak-anak mommie tunjukkan perkembangan yang sangat maju.

       Done my sharing, sekarang kita lihat pula apa kebaikkan Mealshakes dan Omega Guard. 

 
rupa bentuk mealshakes shaklee comel jek 



          Meal Shakes Shaklee merupakan satu hidangan yang lengkap dengan asid amino serta nutrisinya amat mudah diserap untuk kegunaan seharian si manja anda. Ia dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya,lactalbumin(lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi berusia setahun sehinggalah ke dewasa. 

Manfaat utama Meal Shakes Shaklee;

* Mempunyai nutrisi yang lengkap iaitu 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu dan larut lemak.
* Membekal nutrisi kepada sel tubuh, ia kaya dengan protin yang tidak mengandungi laktosa dan dapat membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dalaman, darah dan sistem imun tubuh. 
* Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan selesema dan demam.
* Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat.
* Ia kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak yang belebihan dan sisa buangan dari usus dan perut.
* Berperisa French Vanila yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; dapat menggantikan segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Merupakan sarapan pagi segera yang berkhasiat untuk anak-anak dan juga sekeluarga.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee;

* Bayi genap setahun keatas
* Kanak-kanak yang sedang membesar
* Kanak-kanak yang kerap selesema dan demam
* Ibu mengandung
* Atlet
* Pengamal sayuran ( vegeterian )
* Orang sakit dan sibuk bekerja
* Orang yang selalu mengambil makanan segera ( junk food )


        
Omega Guard Shaklee minyak ikan yang terbaik

       Omega dihasilkan dari minyak ikan yang terbaik dan didapati dari perairan laut dalam sejuk Jepun. Minyak ikan laut dalam yang mengandungi asid lemak EPA, DHA dan APA. 




Manfaat utama Omega Guard Shaklee;

* Meningkatkan sitem imun tubuh (kekebalan tubuh )
* Baik untuk sistem saraf
* Baik untuk mata
* Baik untuk perkembangan minda kanak-kanak dan semasa bayi dalam kandungan
* Dapat membantu kanak-kanak cepat membaca fokus pada sesuatu yang         dilakukan,menajamkan minda dan mempunyai masalah Disleksia
* Menentang kolesterol jahat 
* Meningkatkan daya ingatan dan fokus










     
PROMOSI OMEGA GUARD UNTUK BULAN NOVEMBER BUY 6 FREE 1






NOVEMBER TWIN PACK PROMO !!!
BUY 2 AND GET 5% DISCOUNT













Berminat untuk mengetahui lebih lanjut hubungi saya;

Ally
Shaklee Independent Distributor 1137149
Hp; +6011-16742756
SMS / CALL / WHATSAPP atau 
Sila ke laman;
Facebook saya: https://www.facebook.com/allyanamichael
atau FB page:https://www.facebook.com/startlivingwithhealtylife



















    

Sunday 2 November 2014

Assalamualaikum ... 

Alhamdullilah ..Akhirnya siap juga my first entry dalam blog ni... Pening kepala nak buat blog header.. 

  Okey.. Petang ni kita nak cer pasal OMEGA GUARD SHAKLEE ... Sebelum tu saya nak cer dulu Omega ni asalnya dari mana. Sebab saya pasti ramai yang sering sebut omega, kata omega tu baik untuk perkembangan otak,minda,daya ingatan dan lain-lain lagi tapi sebenarnya ada lebih lagi dari itu. Kalau pakar nutrisi confirm tau apa itu omega.. hihi.. 

 Omega ni adalah terdiri daripada 3 jenis asid lemak utama iaitu;
1.EPA ( Eicosa Pentanoic Acid )
2.DHA ( Docosa Hexanoic Asid )
3.APA ( Alpha Liconelic Asid )

   Omega3 juga adalah tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting dimana yang mempunyai ikatan karbon berkembar di kedudukan n-3 pada hujung mehtyl di dalam molukelnya.Oleh sebab itu ia digelar omega3. 
    Dipendekkan cerita, Omega Guard Shaklee diperbuat daripada ekstrak minyak ikan yang terbaik di dunia dan ikan yang terpilih sahaja.Dan ikan yang digunakan adalah dari perairan laut Jepun yang sejuk. Cuma ikan yang tertentu saja ya, minyaknya diekstrak iaitu ikan sardin,makarel,herring dan anchoives. Minyak ikan Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat daripada hati minyak ikan. Omega Guard juga adalah merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega3 semulajadi termasuk AHA,EPA ,DHA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak-omega-3 EPA dan DHA.
    
Kita lihat apa manfaat utama Omega Guard;

=>Asid Lemak ; Omega3 merupakan asid lemak yang penting dan tidak dapat dihasilkan 
                        oleh badan kita. Ia boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan 
                        hormon wanita yang menyebabkan PMS dan juga bertindak 
                        melicinkan kulit.
=>Mencegah Penyakit Saluran Darah dan Strok ; DHA dan EPA dapat boleh menghalang
                        thrombosis,tekanan darah tinggi dan kepekatan darah, melicinkan
                        saluran darah sekaligus dapat dapat membantu secara efektif 
                        mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit
                        kepala. Ia juga mampu merendahkan kolesterol,mengawal masalah 
                        obesiti,mengurangkan risiko sakit jantung dan mengekalkan tahap 
                        kesihatan trigiserida dan kolesterol LDL.
=>Menentang Kanser ; Kajian telah menunjukkan bahawa Omega3 dapat kanser paru-paru
                        payudara,prostat dan kolon.
=>Meningkatkan Sistem Imun Paru-Paru ; Omega3 mengawal sistem imun tubuh seperti
                        memperbaiki alahan kulit,demam hay,bronkitis,lelah,Hepatitis,SLE,
                        dan buah pinggang.
=>Membantu Tumbesaran & Perkembangan Otak Janin dan Perkembangan Memori ;
                        DHA merupakan nutrien utama bagi otak,sistem saraf dan retina. Ia juga
                        membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan dan pembelajaran bagi
                        kanak-kanak,mencegah penyakit Alzheimer,memelihara penglihatan dan 
                        pendengaran juga mencegah migrain.
=>Memelihara Fungsi Sendi(Arthiritis) ; Paras asid lemak Omega3 dalam tisu rawan. Oleh
                        sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu 
                        rawan sekaligus mencegah arthritis dan memelihara fungsi sendi dan gout
                        secara efektif.
=>Mencegah Insomnia dan Mengurangkan Tekanan ; Kajian telah menunjukkan bahawa
                        EPA dan DHA mampu menstabilkan emosi dan membantu dalam 
                        perkembangan kesihatan mental, kemurungan, tekanan, kebimbangan,
                        neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit
                        schizoprenia.
                        

Di antara kebaikkan untuk kesihatan adalah;
1.      Mengurangkan risiko terkena serangan jantung,mengurangkan kematian akibat risiko serangan jantung,mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung yang tidak menentu,
mengurangkan sakit dada pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat dan mengurangkan risiko seranga jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mengalami serangan sakit jantung sebelum ini.

2.     Mengurangkan risiko darah beku,mengurangkan risiko pembentukkan plak pada dinding salura darah yang menyebabkan pengerasan,mengurangkan risiko darah beku pada saluran darah bengkak di kaki.

3.     Mengurangkan KOLESTEROL jahat LDL dalam darah dan meningkatkan paras  KOLESTEROL baik HDL,mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan strok dan serangan jantung,mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi dimana ia bertindak dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah,mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang mengalami sakit darah tinggi.

4.     Mampu mengurangkan radang sendi bagi pesakit Reaumatoid Arthritis,mengurangkan radang usus.

5.     Memberi kesan yang positif bagi pesakit SLE, pesakit asma, bagi yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema.

6.      Bagi kanak-kanak yang kekurangan Omega3 dalam pemakanan mereka akan mempunyai masalah dalam proses tumbesaran otak,dalam kajian juga telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA, masalah hyperaktif akan berkurangan.


Banyak tak kebaikkan OMEGA3 ni??? Sebab itulah kita digalakkan makan ikan dan mengambil OMEGA-3 setiap hari bagi kesihatan tubuh yang berpanjangan. 


                           Jom kita lihat pula perbezaan OMEGA GUARD SHAKLEE.








Berminat untuk mengetahui lebih lanjut hubungi saya;



Ally 
Shaklee Independent Distributor 1137149
Hp; +6011-16742756
SMS/CALL/WHATSAPP atau 
sila ke laman;
Facebook saya;https://www.facebook.com/allyanamichael
FB Page;https://www.facebook.com/startlivingwithhealtylife






    

Saturday 1 November 2014

Promosi Omega Guard Shaklee Buy 6 Free 1

Bulan November promosi Omega Guard buy 6 free 1 ...

kebaikkannya bagi yang punya high kolesterol...

Omega Guard Shaklee


Berminat??
Hubungi saya Allyana Paul
Shaklee Independent Distributor 1137149
Hp; 011-16742756
sms/call/whatsapp
Facebook: Allyana Paul